Tiket final Piala FA di Stadium Perak habis yeop!

Jualan tiket lancar

Sebahagian penyokong Perak bersama tiket masing-masing.
Sebahagian penyokong Perak bersama tiket masing-masing.
A
A
A

SEBANYAK 15,000 tiket bagi menyaksikan aksi final Shopee Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, habis dijual di kaunter-kaunter tiket Stadium Perak sekitar 1 tengah hari tadi.

Biarpun kaunter-kaunter tiket di pintu C, E serta dua kaunter khas di pentas utama khusus bagi pemegang keratan tiket separuh akhir dan bagi pemilik kad semusim mula dibuka sekitar 10.30 pagi, namun orang ramai sudah mula beratur panjang sejak awal pagi untuk mendapatkan tiket-tiket berkenaan.

Rata-rata penyokong menyifatkan kaedah penjualan tiket yang hanya memperuntukkan dua keping tiket bagi setiap individu sebagai kaedah yang baik.

Namun ada juga yang mencadangkan agar kuota lima tiket bagi setiap individu seperti sebelum ini dilaksanakan semula.

Seorang petugas Rela menunjukkan notis penjualan tiket telah habis.
Seorang petugas Rela menunjukkan notis penjualan tiket telah habis.

Untuk rekod, sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada Perak dengan 15,000 tiket akan dijual di Stadium Perak, Ipoh manakala 12, 000 tiket akan diagihkan di seluruh daerah manakala baki 3, 000 tiket akan dijual kepada penaja serta jabatan kerajaan yang berkaitan.

Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan dalam kalangan beberapa penyokong sejurus kaunter tiket dibuka dipercayai berpunca daripada provokasi yang dilakukan.

Suasana tegang dan kecoh yang berlarutan selama beberapa minit itu akhirnya berjaya dikawal oleh anggota polis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!