#KelantanKindness trending di Twitter

Perkongsian Ad-Dien di laman Twitter miliknya.
Perkongsian Ad-Dien di laman Twitter miliknya.
A
A
A

RAKYAT Kelantan seringkali terpalit dengan pelbagai kisah negatif dan ia seakan menjadi satu stigma dalam kalangan masyarakat kita hari ini.

Terbaharu, kisah empat remaja perempuan memijak al-Quran dan dua lelaki menyerang guru dalam kawasan sekolah seperti menguatkan lagi persepsi masyarakat terhadap penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Menerusi perkongsian pendakwan bebas Ad-Dien di laman Twitter miliknya semalam, dia mengambil inisiatif mewujudkan tanda pagar #KelantanKindness bagi berkongsi kebaikan rakyat Kelantan.

“Selalu tengok orang sebarkan kebencian negeri Kelantan kalau ada kes jenayah atau isu viral.

“Tak baik dan tak adillah pukul rata macam tu. Saya percaya ramai kawan-kawan Kelantan yang baik. Balas tweet ini dan kongsikan pengalaman baik mereka #KelantanKindness,” tulisnya.

Nyata #KelantanKindness telah menjadi trending di Twitter dengan lebih 17,600 pengguna menggunakan tanda pagar tersebut.

“Saya mempunyai ramai kawan dari Kelantan. Mereka semua baik. Rakan sebilik juga dari Kelantan, dia selalu ada ketika saya perlu bantuan, tidak kedekut dan sentiasa sokong apa yang saya lakukan," menurut Narissa.

“Bekas rakan serumah saya sangat pembersih, rajin dan baik hati. Rakan sekelas ketika ijazah juga sangat baik, tidak berpuak walaupun mereka dari Kelantan. Tak semua orang Kelantan teruk ye," tulis Dean.

Artikel Berkaitan:

“Saya pernah ada rakan sebilik dari Kelantan yang sangat pentingkan saya sebagai kawan. Kalau minta tolong cepat je dia bantu dan datang. Lama juga baru tau dia ni sebenarnya anak orang kenamaan. Sangat besederhana, bijak dan cantik orangnya,”kata Anem.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!