Duit menyanyi saya bantu ekonomi keluarga - Ifa Raziah

Ifa Raziah. Foto: SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
Ifa Raziah. Foto: SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah mengakui penglibatannya dalam dunia hiburan terutama bernyanyi bukan keputusan yang salah apabila daripada hasil usahanya membolehkannya membantu ekonomi keluarga.

Menurutnya, keluarganya dahulu merupakan keluarga yang susah dan tinggal di Flat Pekeliling di Kuala Lumpur di mana ketika itu hanya ayahnya sahaja yang bekerja menampung mereka sekeluarga.

Justeru, sejak kecil Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 44, telah berjinak-jinak dengan dunia nyanyian dan berani untuk masuk bertanding biarpun ibunya sendiri menentang keras minatnya itu.

“Saya tak menyesal berkecimpung dalam dunia hiburan kerana hasil menyanyilah saya dapat tampung keluarga.

“Biarpun minat menyanyi saya sejak kecil mendapat tentangan hebat daripada ibu. Tetapi sebelum akhir hayat ibu, dia pernah minta maaf kepada saya dan bersetuju, kerja saya sebagai artis inilah yang membantu keluarga.

"Apabila ayah meninggal, sayalah yang menampung perbelanjaan sekolah adik-beradik yang lain dengan hasil menyanyi saya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar ke-118 bertajuk Realiti Kehidupan Artis: Betul-betul Kaya Atau Sekadar Bergaya Kaya di Auditorium Karangkraf di sini petang tadi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!