Saya bangga masih relevan: Dayang Nurfaizah

Penyanyi, Dayang Nurfaizah. FOTO: Echolaliapictures
Penyanyi, Dayang Nurfaizah. FOTO: Echolaliapictures
A
A
A

PENYANYI, Dayang Nurfaizah, 38, mengakui dia berasa berbangga dengan pencapaiannya 20 tahun masih kekal relevan dalam industri seni hiburan tanah air.

"Alhamdulillah orang selalu bertanya dengan saya macam mana perasaan bila sudah memasuki fasa dua dekad dalam industri muzik di tanah air ini.

"Mestilah saya seronok dan bersyukur sangat. Jadi, saya berasa banggalah kerana masih lagi dapat berdiri di atas pentas ini untuk menghiburkan peminat saya, insya-ALLAH.

"Apa pun, 20 tahun... saya masih relevan," luahnya.

Dayang turut mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada mereka yang telah memberi impak sepanjang kerjayanya.

Penyanyi, Dayang Nurfaizah. FOTO: Echolaliapictures
Penyanyi, Dayang Nurfaizah. FOTO: Echolaliapictures

"Terima kasih kepada semua peminat saya termasuklah kepada mereka yang bersama-sama dengan saya yang telah memainkan peranan-peranan penting dalam setiap kerjaya saya," ucapnya.

Dayang ketika ditemui pada malam Konsert Dua Dekad Dayang di Istana Budaya, baru-baru ini turut berkata, selepas dua dekad masih banyak lagi perkara lain yang berkaitan muzik mahu diterokainya.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun sudah 20 tahun, masih banyak lagi yang saya mahu terokai dalam diri sendiri untuk dikongsikan bersama peminat saya.

"Contohnya mungkin dalam album ada lagu baharu berentak rancak lain daripada lagu-lagu yang saya selalu bawa," jelasnya.

Konsert berikutnya pada pada 28 Disember depan di Singapura.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!