Tanam pokok cili dalam kampus

Khairul Anuar (kiri) menuai hasil cili yang diusahakan sejak Mac lalu bagi dipasarkan di kedai runcit berhampiran.
Khairul Anuar (kiri) menuai hasil cili yang diusahakan sejak Mac lalu bagi dipasarkan di kedai runcit berhampiran.
A
A
A

KUANTAN- Usaha kakitangan Pahang Skill menjalankan projek tanaman pokok cili secara fertigasi di tanah kosong dalam kampus di Semambu di sini sejak Mac lalu, telah membuahkan hasil.

Pengarah Eksekutif Pahang Skills, Suris Mihat berkata, projek yang dikendalikan Bahagian Perladangan dan Hartanah Pahang Skills itu berjaya menghasilkan kira-kita 400 kilogram cili.

Menurutnya, dengan hasil kutipan tersebut, pihaknya mampu memperolehi jualan antara RM5,000 hingga RM4,500 setiap kali cili tersebut dituai.

“Kebanyakan hasil tuaian dijual secara terus di ladang kepada kedai-kedai runcit berhampiran.

“Kami akan meneruskan aktiviti penanaman ini kerana permintaan terhadap cili sentiasa ada,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pahang Skill .

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Perladangan dan Hartanah Pahang Skills, Khairul Anuar Mohamed Noor.

Khairul Anuar ( kiri) menunjukkan cili yang ditanam sejak Mac lalu dengan memanfaatkan tanah kosong di dalam kampus itu.
Khairul Anuar ( kiri) menunjukkan cili yang ditanam sejak Mac lalu dengan memanfaatkan tanah kosong di dalam kampus itu.

Menurutnya, projek yang diuruskan Khairul Anuar bersama lima lagi kakitangannya itu merupakan satu percubaan sebelum penanaman terbabit dilakukan di kawasan yang lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini kita hanya ada 300 polibeg cili yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi, namun kita akan tambah lagi pada projek yang dilaksanakan tidak lama lagi.

“Selain pokok cili, pokok terung juga telah ditanam dan hasilnya sudah mulai mulai dituai sejak Mei lalu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan hasil tanaman terbabit boleh terus dituai sehingga akhir tahun ini.

Tambahnya, melihat kepada potensi penggunaan sistem terkawal ini melalui aktiviti penanaman yang dijalankan ternyata ia memberi pulangan lumayan.

Suris berkata, selain bertindak sebagai aktiviti penjanaan pendapatan kolej itu, projek perintis tanaman fertigasi yang dibangunkan ini mempunyai kelebihan tersendiri kerana kedudukannya yang berada di dalam kawasan kampus.

Katanya, pihaknya berhasrat untuk meluaskan lagi penanaman fertigasi ini pada masa akan datang.

“Setakat ini ada satu kawasan milik Pahang Skills sesuai untuk dijadikan projek yang lebih besar.

“Dengan hasil jualan cili ini secara tidak langsung dapat memberi sedikit pendapatan sampingan kepada kolej.

“Selain itu, melalui projek ini juga nanti dapat membuka peluang pekerjaan kepada pelajar dan masyarakat setempat untuk menambah pendapatan mereka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!