Peninju Rusia maut akibat pendarahan otak selepas bertarung
MOSCOW - Peninju Rusia, Maxim Dadashev meninggal dunia hari ini di sebuah hospital akibat pendarahan otak selepas satu pertarungan di Maryland, Amerika Syarikat.
Menurut Persekutuan Tinju Rusia, peninju berusia 28 tahun itu mati selepas empat hari menjalani pembedahan otak akibat tumbukan demi tumbukan diterimanya dalam perlawanan dengan peninju Puerto Rico, Subriel Matias pada Jumaat lalu.
“Maxim Dadashev meninggal dunia di Amerika Syarikat (AS) akibat kecederaan selepas bertarung dengan Subriel Matias,” kata persekutuan sukan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, pertarungan kategori ‘super-lightweight’ itu dihentikan pada pusingan ke-11.
“Satu tumbukan boleh mengubah nasib seseorang,” kata jurulatigh Dadashev, James McGirt yang terpaksa melontarkan tuala ke gelanggang untuk menghentikan perlawanan itu.
Dadashev, 28, memiliki rekod tanpa kalah 13-0 sebelum perlawanan membabitkan kelas 140 pound. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!