Sangka hanya bisul biasa

Kang Hiang yang menderita ketumbuhan di mata kiri merancang untuk melakukan pembedahan di Taiwan.
Kang Hiang yang menderita ketumbuhan di mata kiri merancang untuk melakukan pembedahan di Taiwan.
A
A
A

PONTIAN - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan Teh Kang Hiang, 24, yang mengalami ketumbuhan semakin membesar di bahagian mata kirinya.

Ibunya, Ng Gek Lan, 58, berkata, Kang Hiang merupakan seorang anak ceria dan kuat bekerja sebelum dia diserang penyakit yang pada awalnya disangkakan sebagai bisul biasa sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, Kang Hiang yang juga akan keempat dari lima beradik sebelum ini bekerja di sebuah kilang di Singapura.

“Anak saya mengadu tidak selesa kerana terdapat benjolan di dalam hidungnya. Selain itu ada juga benjolan di atas keningnya.

“Dia kemudian menjalani pembedahan. Tetapi lepas itu benjolan itu tumbuh semula. Sudah empat kali dia jalani pembedahan,” katanya.

Gek Lan berkata, keadaan anaknya itu bertambah serius apabila benjolan berkenaan semakin membesar sejak setahun lalu.

“Dia beritahu benjolan yang membesar itu menyebabkan dia rasa sakit dan tidak selesa. Benjolan itu hampir menutup wajah di sebelah kirinya.

“Kang Hiang mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 tahun dan suaminya Goh Wee Siang , 32, bekerja sebagai tukang masak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, dia berhasrat untuk membawa anaknya itu mendapatkan rawatan di Taiwan namun kos yang diperlukan agak tinggi iaitu mencecah RM300,000.

Kisah Kah Hiang yang tular di media sosial mendapat perhatian DAP cawangan Pontian Jaya yang tampil menghulurkan sumbangan.

Wakilnya, Tan Boon Chuan berkata, dia amat bersimpati dengan Kah Hiang yang mengalami masalah kesihatan serius iaitu ketumbuhan di bahagian muka.

“Kami lancarkan tabung derma bagi bantu Kang Hiang yang kini sedang dirawat di Hospital Pontian,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!