Berang suami nak bawa madu tinggal serumah jadi punca
MAKASSAR - Seorang wanita di Indonesia yang nekad menyiram suaminya dengan air panas hingga menyebabkan kematian dikatakan mempunyai sebab lain berbuat demikian.
Hasil siasatan mendapati, Aminah bukan sahaja berang kerana mengetahui dirinya dimadukan tapi juga kerana si suami berhasrat membawa isteri kedua tinggal serumah dengannya.
"Motif kejadian ialah Aminah berasa kesal suaminya mengajak isteri kedua tinggal bersama," kata Penyiasat Jenayah Polis, Bobby Rachman kepada Kompas.com.
ARTIKEL BERKAITAN: Siram suami dengan air panas kerana dimadu
Suami Aminah, Bachtiar, 28, dikatakan telah menikah dengan seorang wanita berasal dari Makassar secara senyap-senyap pada tahun lalu.
Aminah yang berasa marah dan kecewa bertindak menyiram air panas ke tubuh suaminya yang sedang tidur.
Mangsa yang mengalami kesan lecur teruk akhirnya meninggal dunia.
Susulan insiden terbabit, Aminah kini ditahan pihak berkuasa dan berdepan hukuman penjara 10 tahun sekiranya didapati bersalah. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!