Neelofa minta maaf isu siar sedutan filem The Lion King

Permohonan meminta maaf yang dimuat naik Neelofa di laman sosial Instagram miliknya.
Permohonan meminta maaf yang dimuat naik Neelofa di laman sosial Instagram miliknya.
A
A
A

PELAKON dan pengacara, Neelofa membuat permohonan maaf selepas mengakui kesilapannya memuat naik sedutan filem The Lion King menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Permohonan maaf itu dibuat semalam selepas tindakan Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa, 30, dikecam oleh netizen.

Isu tersebut turut mendapat perhatian pihak panggung wayang seperti Golden Screen Cinema dan TGV Cinema yang menegaskan perbuatan itu melanggar undang-undang dan satu kesalahan serius.

Menerusi kenyataan dalam bahasa Inggeris itu di Instagramnya semalam, usahawan berjaya itu, berkata, tindakan memuat naik sedutan filem antarabangsa itu dilakukan tanpa sengaja kerana didorong oleh rasa teruja untuk menyokong naskhah berkenaan.

"Saya tidak sedar bahawa tindakan itu boleh mencetuskan masalah lain. Justeru, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap kesilapan yang saya lakukan.

"Saya juga berharap orang lain akan belajar daripada kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati pada masa depan," kata pengacara program Meletop itu.

Peraturan pawagam di negara ini tidak membenarkan sebarang rakaman dibuat ketika tayangan berlangsung.

Peraturan berkenaan turut dipamerkan di semua pawagam selain kakitangan pawagam akan sentiasa melakukan rondaan bagi memastikan penonton tidak melakukan sebarang bentuk rakaman semasa menonton filem.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!