KPDNHEP Selangor lupus barang tiruan RM1.297 juta

Muhammad Zikril (dua, kanan) menunjukkan barangan tiruan yang dirampas dan akan dilupuskan di Stor Simpanan Ekshibit Bukit Raja di sini hari ini.
Muhammad Zikril (dua, kanan) menunjukkan barangan tiruan yang dirampas dan akan dilupuskan di Stor Simpanan Ekshibit Bukit Raja di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melupuskan pelbagai barangan tiruan bernilai RM1.297 juta sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, kesemua barangan dilupuskan membabitkan 107 kes rampasan barangan melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

"Hari ini merupakan pelupusan kali ketujuh pada tahun ini melibatkan 19 kes bernilai RM188,664.

"Kesemua kes terbabit sudah selesai menjalani proses mahkamah dan mendapat kebenaran pelupusan dari mahkamah atau pengawal akta yang berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Stor Simpanan Ekshibit Bukit Raja di sini hari ini.

Barang tiruan yang akan dilupuskan di Stor Simpanan Ekshibit Bukit Raja di sini hari ini.
Barang tiruan yang akan dilupuskan di Stor Simpanan Ekshibit Bukit Raja di sini hari ini.

Tambahnya, antara barangan dilupuskan adalah beg tangan, dompet, selipar, jam tangan, jersi, produk kesihatan serta alat ganti kenderaan.

Dalam pada itu, Muhamad Zikril turut mendedahkan modus operandi penjualan barang tiruan iaitu terdapat peniaga yang memasarkan barangan tersebut menggunakan medium online selain berselindung di sebalik jualan barangan original.

"Kita percaya barang-barang ini dibawa masuk dari negara seperti China dan Thailand. KPDNHEP akan terus bekerjasama dengan pemilik cap dagang untuk terus memantau dan mengesan kegiatan terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, KPDNHEP mengingatkan kepada mana-mana peniaga untuk tidak terlibat menjual barangan tiruan bagi mengelak tindakan tegas dikenakan. Pengguna juga dinasihatkan untuk tidak membeli barangan tersebut sebagai inisiatif melindungi harta intelek pemilik asal cap dagang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!