Labuan kekurangan bekalan air bersih

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Jabatan Air Labuan kini sedang berusaha keras menangani masalah kekurangan bekalan air yang membelenggu pulau bebas cukai itu sejak awal bulan ini ekoran penyusutan paras air di tadahan air Sungai Pagar.

Pengarahnya, Alvin Michael Lo berkata, paras air di tadahan air Sungai Pagar merosot ke paras yang rendah, sekali gus menjejaskan bekalan air bersih kepada ribuan pengguna di sekitar Kampus Antarabangsa Labuan Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL ), Kampung Sungai Lada, Kampung Sungai Miri dan Taman Mahkota Impian.

"Berdasarkan data hujan dalam tempoh tiga bulan yang lalu, tadahan air Sungai Pagar menerima defisit hujan, paras air menurun... ini hampir sama dengan apa yang berlaku pada tahun 2009 di mana tadahan itu kering selama lapan bulan.

“Sejak beberapa minggu lepas keadaan bertambah sukar bagi kakitangan teknikal dan kontraktor kami yang terpaksa bekerja siang dan malam bagi melaksanakan catuan serta mengagihkan air menggunakan lori tangki kepada penduduk di kebanyakan taman perumahan, 27 buah kampung serta hospital kerajaan,” katanya.

Alvin berkata, pulau bebas cukai itu juga menerima 38 juta liter air dari Sungai Padas di Beaufort Sabah melalui saluran paip bawah laut sejauh 25.7 kilometer.

Air itu disalurkan terus ke tiga tadahan air di Kerupang, Bukit Kuda dan Sungai Pagar bagi kegunaan domestik dan industri minyak dan gas.

Alvin berkata, satu pasukan dari Putrajaya telahpun berada di Labuan bagi membantu menangani masalah bekalan air yang menjejaskan penduduk dan kawasan perindustrian di pulau ini.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!