Pemutihan pendaftar eKasih miskin tegar di Kelantan

Amir Zakri (tiga dari kiri) menyampaikan basikal kepada 53 murid dari empat sekolah di SK Kedai Buloh 2 hari ini.
Amir Zakri (tiga dari kiri) menyampaikan basikal kepada 53 murid dari empat sekolah di SK Kedai Buloh 2 hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Sesi pemurnian (pemutihan) senarai pendaftar eKasih miskin tegar akan dilakukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi mencapai sasaran sifar peratus miskin tegar di negeri ini menjelang 2020.

Pengarah Pembangunan negeri, Amir Zakri Mahmad Mahyidi berkata, berdasarkan senarai keseluruhan pendaftar eKasih di negeri ini, pihaknya mendapati 65,070 daripada 100,550 keluarga tidak layak berada dalam senarai berkenaan.

“Selebihnya 29,979 diletakkan dalam senarai layak dalam kategori keluarga miskin manakala 5,501 keluarga miskin tegar.


Seramai 53 murid teruja ketika menerima sumbangan basikal hari ini.
Seramai 53 murid teruja ketika menerima sumbangan basikal hari ini.

“Atas kerjasama pelbagai pihak, kita optimis untuk mencapai sasaran kurang 1,000 keluarga tergolong dalam miskin tegar menjelang 2020," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Basikal Kepada Pelajar Ahli Isu Rumah eKasih sempena Program ‘I Care For You’ Kelantan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Buloh 2 hari ini.

Hadir sama, Guru Besar, Zaiton Che Wil dan Ketua Jabatan Microtakaful dan Tanggungjawab Sosial (CSR) Prudential BSN Takaful Bank Simpanan Nasional, Hilmy Darmin Ab Rahman.

Pada majlis itu, Amir Zakri menyampaikan basikal kepada 53 murid dari keluarga miskin tegar yang bersekolah SK Kedai Buloh 1, SK Kedai Buloh 2, SK Che Latiff dan SK Pulau Kundur.

Artikel Berkaitan:

Amir Zakri
Amir Zakri

Amir Zakri berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Tanah negeri bagi mengemas kini senarai eKasih yang layak.

Katanya, keutamaan juga akan dibuat terhadap kes-kes lain yang tular di laman sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!