ADUN pembangkang keluar Dewan

Saarani bersama-sama ADUN-ADUN pembangkang keluar Dewan ketika Usul Penambahbaikan Urusan Pentadbiran dan Pengurusan MB Inc dibentangkan.
Saarani bersama-sama ADUN-ADUN pembangkang keluar Dewan ketika Usul Penambahbaikan Urusan Pentadbiran dan Pengurusan MB Inc dibentangkan.
A
A
A

IPOH - Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Perak bertindak keluar Dewan ketika Usul Penambahbaikan Urusan Pentadbiran dan Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dibentangkan di dalam Sidang DUN Perak, hari ini.

Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, tindakan itu dibuat apabila usul tersebut melanggari Perintah-Perintah Tetap kerana sepatutnya notis usul dikemukakan sebelum dibentangkan.

Beliau berkata, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak berkaitan Penambahbaikan Urusan Pentadbiran dan Pengurusan MB Inc itu telah dikemukakan pada hari pertama Sidang DUN Perak serta diedarkan kepada semua ADUN.

"Dalam laporan ini terdapat beberapa syor penambahbaikan yang telah dibentang dan tak ada bantahan. Kita setuju dengan syor penambahbaikan cuma mengapa menyusahkan diri bawa usul ke dalam Dewan.

Saarani menunjukkan salinan laporan PAC berkaitan MB Inc yang diedarkan kepada semua ADUN ketika sidang media hari ini.
Saarani menunjukkan salinan laporan PAC berkaitan MB Inc yang diedarkan kepada semua ADUN ketika sidang media hari ini.

"Usul penambahbaikan ini perlu dibawa dengan notis, bukan bersekali dengan laporan yang dibentangkan. Mereka bahas ini supaya kerajaan melaksanakan usul dan itu bermaksud mereka tidak percaya dengan kerajaan sedia ada," katanya kepada pemberita di Bilik Sidang Media DUN Perak, di sini hari ini.

Saarani berkata, usul tersebut sepatutnya dibawa berasingan dan dibincangkan bersama MB Inc sama ada syor tersebut boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Sidang DUN Perak hari ini meluluskan Usul Penambahbaikan Urusan Pentadbiran dan Pengurusan MB Inc selepas dicadangkan ADUN Malim Nawar yang juga Pengerusi PAC Perak, Leong Cheok Keng dan dibahaskan oleh beberapa ADUN kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Sejurus usul tersebut diluluskan, Sidang DUN kemudiannya ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!