Pesakit kanser tulang terima kejutan Permaisuri Johor

Abdul Azim menerima hadiah kek dan belon daripada Permaisuri Johor sempena ulang tahun kelahirannya ke-14. - Foto IHSAN ROYAL PRESS OFFICE
Abdul Azim menerima hadiah kek dan belon daripada Permaisuri Johor sempena ulang tahun kelahirannya ke-14. - Foto IHSAN ROYAL PRESS OFFICE
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja, Abdul Azim Mohd Rohazar, 14, yang kini sedang menerima rawatan akibat penyakit kanser tulang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak sangka menerima kejutan sempena hari lahirnya semalam.

Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam, Segamat pasti tidak dapat melupakan kenangan manis apabila dihadiahkan kek dan belon oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada hari lahirnya.

Hadiah berkenaan disampaikan oleh kakitangan KPJ Kelantan menerusi persediaan dilakukan oleh Pengerusi Mutiara Johor Corporation, Datin Noor Laila Yahaya.

Abdul Azim disahkan menghidap kanser tulang sejak tahun lalu kini sedang mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan.

"Menjunjung Kasih Tuanku," kata Abdul Azim.

Pada awal bulan ini, Raja Zarith Sofiah melawat remaja itu di kediamannya di Perumahan Awam Bukit Siput, Segamat.

Pada lawatan itu, baginda menyampaikan sumbangan cek daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada ibu remaja itu, Junaidah Abdul Hamid, bagi pembiayaan kos rawatan serta perbelanjaan di HUSM.

Junaidah merupakan seorang suri rumah, manakala ayah Abdul Azim, Mohd Rozahar Abd Latiff bekerja sebagai pemandu lori.

Artikel Berkaitan:

Abdul Azim tidak dapat hadir ke sekolah sejak Januari lalu atas nasihat doktor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!