Saya padam banyak gambar Ainul: Bapa

Bapa Ainul akui banyak gambar puteri sulungnya itu melalui hantaran di Facebooknya, hari ini.
Bapa Ainul akui banyak gambar puteri sulungnya itu melalui hantaran di Facebooknya, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bapa kepada bayi istimewa, Ainul Mardhiah mengakui beliau sudah memadam banyak gambar lama anaknya itu kerana tidak mahu mengingat penderitaan yang pernah dilalui puterinya dulu.

Menurut Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, apabila melihat Ainul sekarang dibandingkan dengan gambar yang dulu timbul perasaan sedih dan sebak di dalam hatinya.

“Bila tengok Ainul sekarang dengan tengok gambar Ainul yang dulu, rasa sedih dan sebak. Rasa macam tidak percaya yang puteri sulung kami itu telah mengharunginya sebelum ini.

“Dulu semasa kami menjaganya, bila tengok ketumbuhan itu, kami rasa biasa sahaja. Mungkin sebab sudah terbiasa.

“Sekarang ini bila tengok gambar dahulunya, rasa macam cepat cepat tutup balik.

“Saya dah padam banyak gambar Ainul yang dulu sebab tak nak ingat dan tak mahu ingat,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun katanya, Ahmad Safiuddin mengakui masih menyimpan beberapa keping gambar lama untuk ditunjukkan kepada Ainul satu hari nanti supaya anaknya itu menjadi insan yang lebih baik.

”Kuasa ALLAH, ajaibnya ALLAH. ALLAH boleh menghendaki pada bila bila masa sahaja dia mahukan.

Artikel Berkaitan:

“ALLAH izinkan ketumbuhan itu duduk dalam badan Ainul dan ALLAH juga mengizinkan ketumbuhan itu dipisahkan daripada tubuh badan Ainul.

“Kami sendiri tidak pernah menyangka sebelum ini bahawa puteri kami akan sampai ke tahap macam ini. Alhamdulillah, nikmat ALLAH yang tidak boleh kami dustakan.

“Saya tinggalkan sekeping dua untuk tunjukkan kepada Ainul bila dia besar nanti agar dia lebih menghargai dan menjadi insan yang bermanfaat di masa hadapan,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul, buah hati rakyat Malaysia

Ainul Mardhiah belum boleh pulang

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!