Cara mencegah anai-anai
KEHADIRAN anai-anai boleh mengganggu tanaman atau kawasan rumah anda. Jika tidak dibendung dari awal, ia akan merebak dan boleh menyebabkan kerugian harta benda seperti perabot rumah serta tanaman.
Kali ini Femina kongsikan beberapa langkah yang boleh digunakan bagi menghalang pembiakan anai-anai.
1) Minyak tanah
Minyak tanah ni terhasil dari penyulingan petroleum yang mempunyai bau yang agak kuat. Hampir semua serangga takut dengan minyak tanah ni. Caranya mudah, sembur atau tuang pada kawasan yang menjadi sarang anai-anai, kalau nak lebih berkesan campurkan dengan minyak serai pada minyak tanah.
2) Jemur di tempat panas
Anai-anai suka tinggal di tempat yang lembab dan gelap. Biasanya anai-anai ni suka bersarang pada perabot rumah. Cepat-cepat jemur perabot di bawah sinaran matahari supaya anai-anai tidak menghuni tempat tersebut.
3) Air basuhan beras
Air basuhan beras juga berkesan untuk menghalau keluar anai-anai. Caranya amat mudah, hanya semburkan air basuhan beras pada sekeliling tempat yang dihuni oleh anai-anai.
4) Tembakau
Rendam tembakau dalam air dan biarkan semalaman. Cara itu bertujuan untuk mengeluarkan sari yang terdapat dalam tembakau tersebut. Keesokan paginya, siram atau sembur air tersebut pada sarang anai-anai.
5) Garam dapur
Ambil sejumlah garam dan tabur pada kawasan sarang anai-anai. Serangga perosak itu akan melarikan diri kerana sifat garam yang panas. Kalau nak lebih berkesan, campur sejumlah garam dengan air rendaman tembakau. Semburkan campuran tersebut pada lubang-lubang yang dihuni oleh anai-anai.
6) Air kapur sirih
Anai-anai juga sangat tidak menggemari kapur sirih kerana bersifat panas jika terkena pada tubuh mereka. Tambahan pula, anai-anai ni mempunyai kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu, langkah ini sangat berkesan untuk membasminya. Caranya, siram air kapur sirih pada tempat sarang anai-anai tersebut.
7) Racun
Antara pilihan terakhir selain daripada menggunakan khidmat syarikat kawalan serangga perosak atau Pest Control, iaitu dengan menggunakan racun anai-anai. Caranya cukup mudah, anda beli sahaja racun anai-anai yang ada di kedai pertanian. Gunakan racun mengikut sukatan yang betul. Ingat, pastikan anai-anai dihapuskan daripada ia bermaharajalela di kawasan rumah atau tanaman anda.
#Pastikan sarang anai-anai dihapuskan daripada awal bagi mengelak kerugian harta benda dan tanaman seperti pokok durian.
Selamat Mencuba ya!
Sumber: myinfoberita.blogspot
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!