Kongsi doa, Neelofa terkejut jadi tular

 Neelofa
Neelofa
A
A
A

PERKONGSIAN doa yang dilakukan oleh pengacara, pelakon dan juga usahawan terkenal, Neelofa menerusi menerusi program Naura Shares baru-baru ini telah menarik perhatrian ramai sehingga menjadi tular di media sosial.

Petikan doa Neelofa itu mula menjadi perhatian apabila video rakaman perkongsian tersebut telah dimuat naik di laman Twitter dan mendapat banyak retweets dan likes daripada netizen.

Rata-rata daripada mereka mengakui terkesan dengan perkongsian doa tersebut dan mahu turut sama mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Neelofa, 30, ketika ditanya oleh Nabil berhubung perkara tersebut menerusi program MeleTOP pada Selasa, mengakui terkejut dan tidak menyangka doa yang dikongsinya itu menjadi tular di laman sosial.

Menurut heroin Suri Hati Mr. Pilot ini, dia berasa cukup terharu dengan respons netizen dan bersyukur kerana dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat orang ramai.

Tambah Neelofa lagi, niatnya hanya untuk berkongsi doa yang menjadi amalannya selama ini agar ia dapat digunakan bersama dengan para peminat dan pengikutnya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal mengerjakan haji buat kali kedua bersama ibu dan adik lelakinya pada Ogos depan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!