KPDNHEP Selangor lupus barangan tiruan bernilai RM1.29 juta

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah (tengah) menunjukkan pelbagai barangan rampasan tiruan bernilai RM188,664 yang akan dilupuskan di Stor Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP Negeri Selangor, hari ini. - Foto BERNAMA

A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melupuskan pelbagai barangan berjenama dan alat ganti kenderaan tiruan melibatkan 107 kes bernilai RM1.29 juta bermula Januari hingga kini.

Pengarahnya, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata jumlah kes tersebut adalah berdasarkan kes berkaitan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Kesemua kes terbabit sudah selesai menjalani proses mahkamah dan KPDNHEP Selangor mendapat kebenaran untuk melupuskan barangan berkenaan,” katanya kepada pemberita di pusat pelupusan barangan eksibit KPDNHEP di Kawasan Perindustrian Bukit Raja di sini, hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah (tengah) pada gimik pelupusan pelbagai barangan rampasan tiruan bernilai RM188,664 yang akan dilupuskan di Stor Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP Negeri Selangor, hari ini. - Foto BERNAMA

Tambah beliau, untuk hari ini, barangan rampasan tiruan melibatkan 19 kes bernilai RM188,664 terdiri daripada pakaian, produk kesihatan, alat ganti kenderaan serta kasut akan dilupuskan dan ia merupakan kali ketujuh pelaksanaan pelupusan dijalankan KPDNHEP Selangor.

Dalam pada itu, mengulas mengenai modus operandi peniaga barangan tiruan, Zikril Azan berkata mereka biasanya menawarkan pelbagai promosi jualan secara dalam talian selain berselindung di sebalik premis yang menjadi tumpuan pembeli.

Justeru, beliau memberi amaran kepada mana-mana peniaga supaya tidak terlibat mahupun menjual barangan tiruan bagi mengelakkan tindakan tegas dikenakan.

“Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak membeli barangan tiruan sebagai inisiatif melindungi harta intelek pemilik asal cap dagang selain produk tiruan itu kurang berkualiti,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!