Pencuri getah sekerap dibelasah, telinga hampir putus dipotong

Foto pemuda disyaki pencuri getah sekerap yang cedera dipukul penduduk tular di laman sosial.
Foto pemuda disyaki pencuri getah sekerap yang cedera dipukul penduduk tular di laman sosial.
A
A
A

PASIR PUTEH - Gara-gara mencuri getah sekerap milik penduduk, seorang pemuda bukan sahaja dibelasah sekumpulan penduduk malah telinganya hampir putus dipercayai dipotong dalam kejadian di Gaal di sini semalam.

Video kejadian yang tular di laman sosial sejak malam tadi itu dipercayai berlaku di sebuah kampung di Gaal di sini pada jam 5.30 petang semalam selepas penduduk berjaya menangkap pemuda terbabit.

Selain telinga kiri dipotong, suspek berusia 26 tahun itu turut mengalami kecederaan patah rahang.

Difahamkan, penduduk juga menemui guni berisi getah sekerap seberat 15 kilogram bersama suspek ketika ditangkap.

Bagaimanapun, rakan suspek dipercayai berjaya melarikan diri.

Polis yang menerima laporan mengenai penangkapan suspek itu membawanya ke Hospital Tengku Anis di sini untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Asisten Superintenden Amran Mat ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!