73 notis kesalahan dalam Operasi Halang

Sebanyak 73 notis kesalahan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan perdagangan dalam Operasi Halang Siri 21/2019 dilaksanakan DBKL, PDRM dan JAS hari ini. - Foto FB DBKL
Sebanyak 73 notis kesalahan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan perdagangan dalam Operasi Halang Siri 21/2019 dilaksanakan DBKL, PDRM dan JAS hari ini. - Foto FB DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 73 notis kesalahan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan perdagangan yang melakukan halangan di Jalan Tun Razak, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee, hari ini.

Sumber Unit Media DBKL dalam satu kenyataan berkata, Operasi Halang Siri 21/2019 dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurutnya, operasi bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959.

“Di bawah akta ini mana-mana orang yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM300.

“Warga kota sama ada pemandu kenderaan perdagangan ataupun persendirian dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu juga diambil bagi mengelak kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Katanya, DBKL serta agensi berkaitan akan meneruskan tindakan itu bagi mendidik serta menguatkuasakan peraturan yang sedia ada kepada pemandu-pemandu kenderaan di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!