Rumah atas air di Labuan runtuh
LABUAN - Tujuh ahli keluarga selamat apabila rumah kayu separuh konkrit runtuh dalam kejadian pada 10 pagi hari ini.
Ibu bersama bayi enam bulan dan dua tahun, Nursyarini Mazlan, yang berada di rumah semasa kejadian sempat menyelamatkan diri bersama anaknya selepas mengesan sesuatu yang tidak kena pada kedudukan rumah berkenaan.
Pemilik rumah, Mazlan Yunus yang merupakan ketua keluarga tidak berada di Labuan semasa kejadian.
Rumah yang didirikan di perkampungan atas air Kg Patau-Patau 1 kelihatan masih kukuh meskipun telah 'terduduk' di atas air.
Ketua kampung Patau-Patau 1 Rosli Matusin memberitahu Bernama bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Simsudin Sidek segera disalurkan kepada mangsa.
"Buat masa ini, ahli keluarga berkenaan menumpang rumah keluarga sementara mendirikan rumah mereka," katanya.
Punca yang dikenal pasti menyebabkan rumah itu runtuh selepas tiangnya patah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!