Peniaga pasar malam Kuala Ketil diarah pindah

Mansor (kiri) bertemu peniaga pasar malam Kuala Ketil yang kini dalam dilema apabila diarahkan berpindah dari tapak asal di stesen bas lama ke Taman Desa Bidara.
Mansor (kiri) bertemu peniaga pasar malam Kuala Ketil yang kini dalam dilema apabila diarahkan berpindah dari tapak asal di stesen bas lama ke Taman Desa Bidara.
A
A
A

KUALA KETIL - Lebih 70 peniaga pasar malam Kuala Ketil berada dalam keadaan dilema apabila diarahkan berpindah dari tapak asal di stesen bas lama ke Taman Desa Bidara.

Arahan itu dikeluarkan Majlis Daerah Baling (MDB) susulan tapak stesen bas berkenaan akan dimajukan sebuah syarikat swasta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, peniaga diberikan tempoh sehingga 4 Ogos depan untuk berpindah.

Menurutnya, selain lokasi Taman Desa Bidara, mereka juga diberikan pilihan berpindah ke pasar Kuala Ketil.

"Bagaimanapun kedua-dua lokasi tersebut tidak dipersetujui peniaga. Ini kerana di Taman Desa Bidara lokasinya sempit dan tidak sesuai.

"Di kawasan pasar pula lokasinya tidak strategik kerana ia jauh dari jalan raya utama. Malah hanya ada satu jalan untuk keluar dan masuk," katanya ketika ditemui di pekan Kuala Ketil di sini hari ini.

Mansor berkata, di pihak peniaga, mereka memberi pilihan untuk berpindah ke tapak pasar Sabtu atau di belakang stesen bas baharu Kuala Ketil Commercial Centre (KKCC).

"Tetapi tiada kata putus kerana pihak persatuan peniaga belum mengadakan perbincangan dengan peniaga.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun keputusan persatuan, peniaga perlu akur manakala MDB mempunyai kuasa mengesahkan dan melakukan penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata, kegagalan persatuan berbincang dengan peniaga menyukarkan MDB membuat tindakan sewajarnya.

Katanya, sekiranya tiada pilihan lokasi untuk berpindah dan persatuan memilih salah satu lokasi diberikan MDB, beliau yakin peniaga akan memberikan kerjasama

"Saya juga telah berbincang dengan MDB namun setakat ini belum ada sebarang keputusan dicapai.

"Pihak persatuan telah diarahkan bertemu bagi mencari jalan penyelesaian segera," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!