UMNO dakwa DAP ada agenda halus: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. -Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
Ahmad Zahid ketika selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. -Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO mendakwa DAP mempunyai agenda tersembunyi yang dibuat secara halus melalui pelaksanaan dasar nasional.

Berikutan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang berkongsi kuasa politik dengan DAP.

"Ia dilakukan melalui pelaksanaan kepada dasar-dasar di mana kementerian-kementerian yang diketuai menteri-menteri yang mewakili parti berkenaan telah menggunakan kedudukan mereka untuk melaksanakan agenda DAP.

“Seharusnya mereka memberikan keutamaan kepada agenda nasional. Tentunya UMNO tidak boleh menerima agenda halus yang tersembunyi ini yang dilaksanakan oleh DAP,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau berkata, hanya Presiden UMNO yang diberi mandat sekiranya perlu mempertimbangkan sebarang bentuk rundingan dengan parti-parti berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara menerima kerjasama dengan Pas yang berlandaskan taawun siyasi dan majlis tandatangani piagam kerjasama berkenaan akan dimaklumkan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!