Mural tempat sejarah hiasi dinding GM Klang

Mohamad Yasid (kanan) melihat lukisan mural dihasilkan mahasiswa UiTM di GM Klang hari ini.
Mohamad Yasid (kanan) melihat lukisan mural dihasilkan mahasiswa UiTM di GM Klang hari ini.
A
A
A

KLANG - Mural memaparkan tempat bersejarah di daerah itu yang dihasilkan oleh 70 mahasiswa Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghiasi dinding Blok C GM Klang di sini.

Dekan fakulti tersebut, Prof Dr Ruslan Abdul Rahim berkata, projek usahasama UiTM dengan GM Klang bermula Februari lalu dan siap baru-baru ini.

Menurutnya, mural sepanjang kira-kira 76.2 meter itu dihasilkan sendiri oleh mahasiswa Jabatan Seni Reka Perindustrian dengan bimbingan lima orang pensyarah.

Dari kiri Seng Kok, Mohamad Yasid dan Prof Dr Ruslan pada pelancaran Heritage X-plore GM Klang.
Dari kiri Seng Kok, Mohamad Yasid dan Prof Dr Ruslan pada pelancaran Heritage X-plore GM Klang.

"Beberapa cadangan telah diusulkan kepada GM Klang sebelum persetujuan dicapai untuk menghasilkan mural berkonsep tempat bersejarah dengan kos dianggarkan RM40,000.

"Ini adalah salah satu pembelajaran luar kelas sebagai melibatkan mahasiswa dengan komuniti dan persediaan awal mereka masuk ke pasaran kerja," katanya di Majlis Pelancaran Heritage X-plore GM Klang hari ini.

Perasmiannya disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Turut hadir Pengarah Urusan GM Klang, Datuk Lim Seng Kok.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!