Murid prasekolah lemas selepas jatuh dari jambatan gantung
KINABATANGAN - Seorang kanak-kanak perempuan mati lemas selepas terjatuh dari sebuah jambatan gantung yang rosak di kampung Porotawoi, Tongod dekat sini sekitar tengah hari semalam.
Kejadian berlaku semasa Angelliena Juilan, 6, yang baru pulang dari kelas prasekolahnya, menggunakan jambatan itu untuk menyeberangi sungai di Kampung Porotawoi, apabila beliau terjatuh melalui celah lubang di jambatan berkenaan.
Bapanya Juilan Razali, 31, ketika dihubungi Bernama berkata selepas terjatuh, anaknya itu dikatakan terus tenggelam di dalam sungai dan hanya ditemui terapung oleh beberapa penduduk kampung yang cuba menyelamatkannya hampir 45 minit kemudian, kira-kira tujuh meter dari tempat kejadian.
"Saya berada di tempat kerja ketika isteri saya menghubungi mengenai kemalangan yang menimpa anak kami," katanya. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!