Henti salahkan kerajaan terdahulu

Mohd Hasparuddin Hanafi
Mohd Hasparuddin Hanafi
A
A
A

BACHOK - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta berhenti berterusan menyalahkan kerajaan terdahulu kerana rakyat mengetahui tindakan itu hanya untuk menutup kelemahan.

Ketua Pemuda UMNO Bachok, Mohd Hasparuddin Hanafi berkata, kelemahan pentadbiran kerajaan sekarang dalam tempoh setahun ini dinilai rakyat.

Menurutnya, PH dilihat gagal dalam banyak aspek termasuk membina hubungan baik dengan parti komponen.

"Perebutan kuasa semakin jelas sehingga mengabaikan tanggungjawab sehingga meningkatkan ekonomi rakyat.

"Terlalu banyak kontroversi dalam kerajaan PH ini dan kenyataan menteri-menteri mengelirukan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, Pemuda UMNO Bachok mendesak Perdana Menteri mengambil langkah drastik merombak Kabinet sedia ada.

"Rakyat tidak sanggup lagi diperbodohkan dan jika tidak mampu mentadbir ada baiknya kuasa diserahkan kepada rakyat dengan membubarkan Parlimen," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!