Warga emas dicekup letak 'cicak' dalam makanan

Sundar Pal,70, dengan sengaja mencemarkan makanan yang dibelinya di stesen kereta api.
Sundar Pal,70, dengan sengaja mencemarkan makanan yang dibelinya di stesen kereta api.
A
A
A

NEW DELHI - Seorang warga emas di India dicekup kerana dengan sengaja mencemarkan makanan yang dibelinya di gerai makanan stesen kereta api.

Sundar Pal, 70, ditahan di Stesen Kereta Api Guntakal selepas mengaku dengan sengaja meletakkan 'cicak' ke dalam makanannya.

Menurut kenyataan South Central Railways, Pal mengadu menjumpai 'cicak' dalam nasi biryani yang dibelinya dari gerai makanan di stesen kereta api terbabit.

Dia mendakwa jatuh sakit selepas memakan nasi biryani tersebut dan dimasukkan ke hospital.

Namun, seorang pengurus kanan bahagian komersil berasa curiga kerana terdapat persamaan antara kes Pal dengan satu laporan kes seumpama itu di sebuah stesen kereta api di Jabalpur.

Apabila pihak stesen Guntakal menghubungi Jabalpur, mereka menghantar gambar seorang lelaki yang mendakwa menjumpai 'cicak' dalam samosa, ternyata gambar itu adalah gambar Pal.

Gambar warga emas tersebut muncul sekali lagi di Pune di mana dia mendakwa menemukan bilah pisau kecil dalam idli yang dibeli di Stesen Kereta Api Miraj.

Dalam dua kes berkenaan, Pal dikatakan mengugut pemilik kedai untuk mendapatkan wang.

Artikel Berkaitan:

Ketika disoal pihak berkuasa, Pal mengaku meletakkan sejenis ikan dan bukannya cicak ke dalam makanannya.

Warga emas itu turut mendakwa menghidap kanser dan merayu agar dilepaskan.

Tidak dapat dipastikan sekiranya Pal benar-benar menghidap kanser namun dia dilepaskan setelah diberi amaran untuk tidak mengulangi perbuatannya itu yang boleh mencemarkan nama baik stesen kereta api. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!