Murid Orang Asli redah 200km untuk raikan perkahwinan cikgu mereka

A
A
A

BAGI kebanyakan orang, majlis perkahwinan mereka akan menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Memetik laporan Malaymail, perasaan juga dirasai Samuel Isaiah, seorang guru di SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang.

Menerusi Twitter Samuel, dia berkongsi kisah dan foto majlis perkahwinannya pada 2017.

**media[405138]

Majlis tersebut merupakan kenangan paling terindah apabila 100 orang anak muridnya hadir ke majlis tersebut dan lebih istimewanya, mereka juga turut membuat persembahan.

Samuel turut berkongsi foto majlis perkahwinannya yang turut dihadiri anak orang asli yang merupakan anak muridnya.

Menurutnya, sebelum dia berkahwin, isterinya sudah mengetahui bahawa mereka semua merupakan sebahagian daripada hidupnya. Dia turut bersyukur bahawa isterinya seorang yang sangat memahami dan menerima baik anak-anak muridnya itu.

"Sebelum menikah, isteri saya tahu bahawa anak-anak orang asli saya adalah sebahagian besar daripada kehidupan (saya)," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Samuel semasa majlis perkahwinannya yang turut dihadiri anak muridnya.
Samuel semasa majlis perkahwinannya yang turut dihadiri anak muridnya.

Tambahnya, sewaktu dia hendak berkahwin, anak-anak muridnya merupakan orang yang paling gembira mengetahui berita itu. Malah, mereka turut menyatakan hasrat menghadiri majlis perkahwinan itu.

Jarak perjalanan sejauh 200 kilometer dan menelan kos perbelanjaan yang tinggi pada awalnya, Samuel bimbang jika ibu bapa pelajar itu tidak bersetuju.

Namun ianya tidak menjadi penghalang buat anak-anak Orang Asli hadir ke majlis tersebut.

Samuel bersyukur kos pengangkutan untuk membawa anak muridnya itu dapat dikurangkan sebanyak RM700 walaupun harga asalnya RM1,000.

Semasa majlis perkahwinan berlangsung, mereka terkejut apabila muzik yang jarang didengari dimainkan. Keadaan ketika itu menjadi sunyi seketika.

No Image Caption

Rupa-rupanya, anak muridnya melakukan persembahan tarian kebudayaan mereka. Persembahan tersebut sangat menarik dan menghiburkan semua tetamu yang hadir. Sebagai guru, dia berasa bangga mempunyai anak murid yang hebat seperti mereka.

Pada bulan Mei, Samuel adalah salah satu daripada 16 penerima anugerah Guru Adiwira Kementerian Pendidikan bersempena dengan Hari Guru.

Menurut laporan sebelumnya, Samuel telah mengajar Bahasa Inggeris sejak 2012.

Melalui kiriman Twitter sebelum ini, Samuel dapat dilihat mengajar anak-anak Orang Asli untuk menghormati persefahaman pelajarnya dengan alam semula jadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!