10 perkerjaan unik lelaki
(SIRI DUA)
JIKA ditanya kepada generasi muda lelaki, apakah kerjaya yang diminati? Majoriti pantas menjawab usahawan, peguam, polis, askar, bomba ataupun doktor. Ia disebabkan sejak zaman kanak-kanak mereka telah didedahkan dengan profesion sedemikian.
Ironinya, untuk menggapai impian tersebut, kita tidak boleh bergantung pada angan-angan semata-mata tanpa disusuli usaha dan ilmu.
Bagaimanapun, tahukah anda di sebalik keterujaan sesetengah pihak mengejar kerjaya profesional itu, terdapat segelintir individu pula lebih cenderung memilih untuk melakukan kerja ‘gila’.
Percaya atau tidak, mereka sanggup melakukan pekerjaan yang dianggap pelik dan tidak glamor asalkan mendapat gaji bulanan bagi menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga.
Sehubungan itu, e-Trend pada edisi kali memaparkan 10 pekerjaan unik yang dilakukan para jejaka di luar negara. Meskipun tidak masuk akal, namun kerjaya-kerjaya itu sentiasa mendapat permintaan tinggi.
6) Cium bau badan
LAZIMNYA pekerjaan ini dimonopoli individu yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kimia.
Tugas mereka adalah mencium bau badan seseorang bagi mengenal pasti zat-zat kimia untuk menghasilkan deodoran atau minyak wangi yang efektif menghilangkan bau
berkenaan.
Prosedur itu dijalankan sebelum produk minyak wangi atau deodoran dijual di pasaran.
Mereka yang terlibat dalam kerjaya itu perlu memiliki deria bau yang sempurna dan arif dalam membezakan zat kimia pada badan seseorang.
Dianggarkan gaji untuk golongan pencium bau badan tersebut antara AS$40,000 (RM165,000) hingga AS$100,000 (RM411,420) sebulan.
7) Penghalang nombor plat
DALAM usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Tehran, Iran, pihak berkuasa tempatan melaksanakan sistem penggiliran.
Undang-undang menetapkan kenderaan yang bernombor pendaftaran berakhir angka genap dan angka ganjil perlu berada di atas jalan raya pada hari berbeza.
Sebagai contoh, nombor pendaftaran hujungnya angka genap boleh menggunakan jalan raya pada hari Isnin manakala angka ganjil pula pada hari Selasa dan seterusnya.
Namun begitu, segelintir masyarakat sukar mematuhi peraturan sedemikian sehingga sanggup mengupah seseorang untuk menutup nombor plat kenderaan mereka sebelum didenda pihak berkuasa.
Individu yang diupah sanggup menggadai nyawa dengan berdiri di belakang kereta dan menutup nombor plat kenderaan sepanjang ia bergerak di laluan yang mempunyai kamera automatik milik polis Tehran.
8) Pengasuh burung unta
Di Afrika Selatan, pengusaha ternakan burung unta akan menggunakan khidmat pengasuh untuk menjaga dan memantau haiwan berkenaan.
Tugasnya mudah sahaja. Pengasuh hanya perlu memastikan anak-anak burung unta dalam keadaan baik dan tidak mematuk antara satu sama lain.
9) Renjat orang mabuk
Tugas mereka saban hari adalah membawa bateri di bandar, taman atau restoran sekitar Mexico untuk merenjatkan badan individu yang mabuk dek pengaruh alkohol.
Sesiapa sahaja yang dilihat terbaring, tertidur dan tidak bermaya akibat pengaruh arak, tukang renjat atau dikenali sebagai Toques dengan segera memberikan renjatan elektrik kepada individu berkenaan.
Caj bayaran pula bergantung pada jumlah renjatan yang dikenakan.
10) Pereka baju gajah
Di India, gajah dianggap haiwan suci yang mendatangkan ketenangan dan kekuatan sehingga seluruh India selatan, menyembah gajah dan mendirikannya di kuil.
Atas faktor tersebut, jangan terkejut apabila India bukan sahaja mempunyai barisan pereka sari, malah turut memiliki kumpulan pereka fesyen pakaian untuk gajah. Ya, bayangkan haiwan bersaiz besar itu menyarungkan seluar dan baju.
Kebiasaannya, pakaian gajah direka dan dihasilkan bagi tujuan acara dan festival tertentu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!