Issey Nakajima rindu nasi dagang Terengganu...

- Foto Facebook Issey Nakajima-Farran
- Foto Facebook Issey Nakajima-Farran
A
A
A

SEDIA maklum pemain bola sepak profesional, Issey Nakajima-Farran, 34, pernah mewakili pasukan bola sepak negeri Terengganu.

Malah pemain import Pasukan Penyu itu turut mewakili negeri Terengganu beberapa musim dan menjadi pemain kesayangan negeri pantai timur itu.

Kini meskipun tidak lagi beraksi di Liga Malaysia dan berada nun jauh di Barcelona, dia melahirkan rasa rindunya kepada negeri itu dimana tempatnya mencari rezeki apabila berkongsi kerinduannya pada nasi dagang di Facebook miliknya.

Malah dia juga turut menyesali kerana tidak belajar untuk menyediakan hidangan istimewa itu.

"Saya tidak tahu mengapa saya tidak membuat kilang sendiri dan menghasilkan ini... Semua untuk diri saya. Bukan untuk dijual. Semua untuk diri sendiri.

"Nasi Dagang boleh mengubah hidup anda," tulisnya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Malah dia turut berkongsi gambar sedang menikmati nasi dagang dengan penuh berselera.

Untuk pengetahuan umum, nasi dagang Terengganu kini turut dijual dalam sejuk beku untuk pasaran luar negara.

Rata-rata peminat Terengganu juga masih merindukan pemain itu dan turut meninggalkan komen.

"Hanya perlu datang ke Terengganu dan dapatkan yang 'fresh'," tulis Mohd Bin Ahmad.

"Buka restoran sendiri," tulis Wan Affan Shakir.

"Kemah molek... Awak boleh jadi duta nasi dagang Terengganu untuk dipromosikan di luar negara Issey," tulis M Fithry Ry-kun.

"Sangat berbeza awak dan pemain lain... Sangat dekat dengan Terengganu... tabik," tulis Zamani Ismail.

"Terengganu sayang Issey," tulis Ku Ridzuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!