'Selesai dulu konflik PKR, usah kritik UMNO'

Ahmad Zahid - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahmad Zahid - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - PKR didesak menyelesaikan konflik dalaman parti itu dahulu sebelum bercakap mengenai hal parti lain, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyelesaikan masalah retak menanti belah dalam PKR dan bukannya bercakap hal UMNO.

Ahmad Zahid berkata, bukan hanya PKR, malah Pakatan Harapan (PH) juga berdepan kemelut antara parti komponen yang boleh diibaratkan sebagai 'sudah terang lagi bersuluh'.

"Anwar terlalu terhutang budi dengan DAP. Semua yang dilaksanakan DAP dianggap benar belaka kerana parti itu adalah tulang belakang serta rakan kongsi politik yang harus digendong olehnya bagi tujuan mencapai cita-cita politik beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: 14 September jadi saksi kerjasama rasmi UMNO-Pas

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula tidak pernah mengamalkan perkauman. Agenda kami untuk turut menjaga kepentingan semua bangsa dan agama akan terus dilaksanakan seperti sebelum ini. Ia terbukti ketika BN menjadi kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan kerjasama (taawun) UMNO dan Pas turut melibatkan pelaksanaan dasar menjaga semua golongan bersama parti-parti lain yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Tambahnya, hanya ‘kacang yang melupakan kulit’ sahaja yang akan menganggap UMNO sebagai parti perkauman.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Anwar mengkritik UMNO sebagai parti perkauman kerana menolak kerjasama dengan mana-mana parti yang berkawan dengan DAP.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!