Syed Ali tak merajuk

Pelakon, Syed Ali
Pelakon, Syed Ali
A
A
A

PELAKON, Syed Ali Tar Mohd atau lebih dikenali Syed Ali, mengakui sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk berhenti dari bidang lakonan.

Bagaimanapun, Syed meluahkan apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa dia muncul kembali di arena seni hiburan tempatan ini.

"Sebenarnya saya bukanlah berhenti berlakon kerana merajuk dan bukannya juga saya ini bercakap kerana terlalu mengikutkan perasaan.

"Tetapi saya kecewa sebab pernah dijanjikan bulan bintang malah bayaran tidak setimpal. Jadi lebih baik saya berhenti seketika dan lakukan sesuatu yang boleh menjana pendatapan.

"Namun bila saya nak lari dari bidang itu, sebaliknya lebih banyak pula tawaran yang datang.

"Bila tawaran datang ketika itu pula saya sudah buat bisnes. Jika tiada komitmen berlakon saya usahakan perniagaan jenama sendiri terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian.

Kata jejaka kacak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu lagi, dia masih lagi aktif berlakon, bagaimanapun ada beberapa drama yang belum ditayangkan lagi di televisyen RTM dan TV3.

"Saya banyak dapat persoalan daripada para peminat, sudah tak berlakon lagi ataupun kenapa dah tak muncul sangat di kaca TV.

Artikel Berkaitan:

"Saya aktif lagi tapi ada beberapa drama belum disiarkan, adapun drama ulangan sahaja," katanya.

Berusia 34 tahun, pelakon kacak tinggi lampai yang ditemui pada sidang media pelancaran filem Amukan Kuntilanak berkata, dalam bidang industri hiburan, dia harus sediakan payung sebelum hujan.

"Pernah orang berkata ada nama tapi sendu, agaknya kenapa? Perkara itu menarik perhatian saya untuk melakukan sesuatu.

"Kerana itulah saya buat bisnes sabun cuci pakaian jenama Be Fresh. Kalau dah sendu (tiada kerja) nanti tiada pendapatan.

"Alhamdulillah ia bisnes saya mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga dapat mewujudkan stokis dan agen di setiap negeri semenanjung Malaysia," akhirinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!