Hina nabi: UMNO Marang desak kerajaan ambil tindakan

Mohammad Nor (berdiri, tengah) bersama kepimpinan sayap UMNO Marang yang membuat laporan di Balai Polis Marang, hari ini.
Mohammad Nor (berdiri, tengah) bersama kepimpinan sayap UMNO Marang yang membuat laporan di Balai Polis Marang, hari ini.
A
A
A

MARANG - UMNO Marang mendesak pihak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Naib Ketuanya, Mohamad Nor Endot berkata, pihaknya bimbang sekiranya ada pihak lain yang melakukan provokasi jika perkara berkenaan dibiarkan.

"Kita dibimbangi rakyat khususnya orang Islam bangkit dan merusuh di jalanan atau perkara yang seumpamanya apabila merasakan diri mereka tidak mendapat pembelaan.

"Jadi kita mengharapkan pihak kerajaan, pihak polis mengambil tindakan tegas, menyiasat dan menangkap serta mendakwa mereka yang melakukan provokasi ini," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Marang, hari ini.

Muhammad Nor berkata, laporan itu dibuat berhubung hantaran seorang individu menggunakan nama Wendy Loong di media sosial Facebook 'Kiub Batu Itu Berhala' yang menghina Nabi Muhamad SAW.

Dalam masa sama, katanya, kepimpinan sayap UMNO Marang turut tampil pada hari sama membuat laporan polis berikutan tersebarnya imej melampau dan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!