Hina nabi: Pelaku sengaja cetus kemarahan umat Islam

Andansura (empat dari kanan), Mohd Zakhwan (lima dari kanan) dan Wan Napiah (tiga dari kanan) bersama wakil dari Pas Pahang dan Wanita Umno Indera Mahkota yang hadir membuat laporan polis berhubung pemilik Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW.

A
A
A

KUANTAN - Pas Pahang dan Wanita UMNO Indera Mahkota membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan biadab pemilik akaun Facebook menggunakan nama Wendy Loong yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Sebanyak 17 laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 11 pagi tadi termasuk 10 daripada Pas Pahang dan enam daripada Wanita UMNO Indera Mahkota.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, penghinaan terhadap Rasulullah dan Islam bukan perkara baharu sebaliknya ia terus berulang walaupun amaran dan laporan polis dibuat sebelum ini.

"Kita lihat, pihak tidak bertanggungjawab ini seolah sengaja mencetus kemarahan umat Islam dengan memuat naik paparan berbaur penghinaan melampau terhadap Islam melalui media sosial Facebook.

Andansura (empat dari kanan), Mohd Zakhwan (lima dari kanan) dan Wan Napiah (tiga dari kanan) bersama wakil dari Pas Pahang dan Wanita Umno Indera Mahkota yang hadir membuat laporan polis berhubung pemilik Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Andansura (empat dari kanan), Mohd Zakhwan (lima dari kanan) dan Wan Napiah (tiga dari kanan) bersama wakil dari Pas Pahang dan Wanita Umno Indera Mahkota yang hadir membuat laporan polis berhubung pemilik Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Perbuatan seperti ini langsung tidak boleh diterima dan boleh mencetus situasi yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas membuat laporan polis di IPD Kuantan hari ini.

Turut hadir membuat laporan polis, Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan Ketua Wanita UMNO Indera Mahkota, Wan Napiah Wan Yusof.

Andansura berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku biadab itu sebagai pengajaran kepada mereka dan orang lain supaya tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa sama, jangan ada pihak yang menjadi pembela kepada pihak tidak bertanggungjawab itu atas apa alasan sekali pun.

"Kami tidak pernah menghalang apatah lagi menghina agama lain, jadi kenapa ada pihak yang seolah-olah sengaja mencetuskan kemarahan kami dengan paparan menghina Islam di media sosial," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!