Epstein cuba bunuh diri dalam penjara
NEW YORK - Jutawan terkemuka Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein yang berdepan tuduhan merogol gadis bawah umur ditemui cedera dalam sel penjara disyaki cuba membunuh diri, menurut sumber yang dipetik beberapa agensi berita.
Kenalan rapat Presiden Donald Trump itu ditemui dalam keadaan separa sedar dengan kesan lebam pada lehernya.
Sumber penguatkuasa undang-undang yang enggan dikenali memberitahu media termasuk NBC New York, the New York Post dan TMZ berkata, kecederaan dialami Epstein tidak mengancam nyawa.
Pegawai penjara turut menyiasat sama ada Epstein, 66, adalah mangsa serangan.
Minggu lalu, Mahkamah New York menolak permohonan ikat jamin Epstein yang didakwa melakukan konspirasi dan penyeludupan seks membabitkan gadis bawah umur.
Epstein boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 45 tahun jika disabit bersalah. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!