Presiden Tunisia meninggal dunia di usia 92 tahun
KAHERAH - Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi meninggal dunia di sebuah hospital tentera pada usia 92 tahun, lapor agensi berita Sputnik, memetik pejabat presiden.
"Pagi ini, pada Khamis, 25 Julai 2019, presiden republik Beji Caid Essebsi, meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Tunis," tulis pihak pentadbiran presiden di Facebook.
Sebelum ini, presiden yang memerintah negara itu sejak 2014 sering keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu atas sebab kesihatan.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!