Kes lepaskan PATI: Reman hakim disambung 5 hari

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh tahanan reman seorang Hakim Mahkamah Sesyen di Selangor yang tamat semalam, disambung lima hari lagi sehingga Ahad.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, tempoh reman itu disambung bagi membantu siasatan berkaitan kes melepaskan pendatang tanpa izin.

“Tempoh reman disambung selama lima hari bermula semalam,” katanya ketika dihubungi.

Hakim berusia berusia 45 tahun itu ditahan SPRM Isnin lepas.

Minggu lepas, enam anggota polis dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor dan masing-masing seorang timbalan pendakwa raya (DPP) dan peguam ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!