Himpunan: Dataran Seni masih lengang
KLANG - Perhimpunan Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) di Dataran Seni, di sini kelihatan tenang, sejak jam 3 petang tadi.
Lebih 100 anggota polis dan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang dilihat berkawal di sekitar dataran.
Kelihatan kain rentang memaparkan tujuh perkara asas tuntutan GERAS, 'Kami Menuntut Keadilan Untukmu Adib' serta desakan kepada Perdana Menteri memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.
Sekitar jam 4.30 petang tadi, Dataran Seni masih lengang dan hanya kelihatan anggota polis, penguatkuasa MPK serta pengamal media berada di sekitar dataran berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!