Terharu rakyat Malaysia prihatin dengan Gaza: The Helmis
PERKONGSIAN penyanyi dan aktivis kemanusian, Nur Heliza Helmi semasa misi kemanusiaan di Gaza #wakeupforGaza baru-baru ini buat netizen terharu.
Heliza bertanya kepada pengikutnya melalui Instagram (IG) miliknya, apa perasaan melihat kenderaan besar yang dipenuhi bantuan dari rakyat Malaysia yang sampai di tanah Gaza.
Ia disusuli dengan sepotong video pendek sepanjang dia bersama adiknya, Hazwani dan juga anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan membawa bersama beberapa lori bantuan barang keperluan seperti makanan serta ubat-ubatan yang sudah tentu hasil sumbangan ikhlas dari rakyat Malaysia.
"Kak Ja nak tanya, apa perasaan kalian melihat kenderaan besar yang dipenuhi bantuan dari rakyat Malaysia di tanah Gaza?," tulisnya.
Perkongsian itu juga telah membuatkan rata-rata netizen terharu dan sebak serta bercita-cita ingin menjadi sepertinya.
Sedia maklum dengan keadaan negara yang sedang bergolak itu, malah semasa misi terakhir The Helmis dan pasukannya itu, mereka terkandas berjam-jam kerana ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir menyebabkan mereka lambat sampai ke tanah air daripada jadual asal.
"Saya tak kuat nak tolong macam kakak pergi ke sana tapi saya doakan agar semuanya lancar dan selamat dalam setiap misi. Moga ALLAH memberi penyelesaian dalam tiap masalah yang dihadapi," tulis nureib.
"Rasa cemburu melihat kalian dapat bersama mereka di Gaza. Syukur dan bangga juga," tulis ilasariff07.
"Malaysia atas nama Islam yang sentiasa menyayangi," tulis liaa_muhammad.
"Sebak dalam syukur," tulis ___fathz.
"Rasa nak sertai sama. Semoga Kak Ja dipermudahkan segala urusan," tulis wandanishimran.
"ALLAHuakbar. Rasa meremang bulu roma. Rasa balik kampung. Rasa satu. Rasa kuat. Sayu dan bercampur-campur perasaan itu," tulis mimi_mamola.
"Teruskan semangat untuk terus berbakti. Walaupun kami mungkin tidak sekuat Heliza. Tapi percayalah doa kami untuk kalian terus berbakti pada mereka. Jaga diri #wakeupgaza," tulis sarah_salihah.
"Alhmdulillah, terharu, sebak, sedih dan gembira semua ada bila nampak rakyat Malaysia masih ada yang prihatin dekat saudara kita yang susah dan betul-betul memerlukan pertolongan kita dekat sana... Semoga ALLAH memudahkn urusan kalian semua, aamiin," tulis mezan_sweet.
"Saya doakan kakak dan yang lain-lain agar semua selamat dalam misi. Moga ALLAH memberi penyelesaian dalam semua masalah yang dihadapi Amin," tulis khadijah_ismaill.
"ALLAH ALLAH ALLAH... Sangat hiba... Tapi kagum dan bangga kerana dengan ada sifat besarnya itu dengan niat membantu orang-orang terutama orang Palestin. Malaysia dikenali, Alhamdulillah," tulis knazifah_ikhwan.
ARTIKEL BERKAITAN: Heliza ingin mati syahid seperti Razan al-Najjar
ARTIKEL BERKAITAN:Mama, abah sudah wakafkan The Helmis untuk ummah: Heliza
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!