Gembeling sumber, aset pulihkan tamadun Islam: Perdana Menteri

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada sidang media sempena Lawatan Rasmi beliau ke Turki di Kompleks Presiden. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada sidang media sempena Lawatan Rasmi beliau ke Turki di Kompleks Presiden. - Foto Bernama
A
A
A

ANKARA - Wujud keperluan untuk negara-negara Islam seperti Malaysia, Turki dan Pakistan untuk mengembeling sumber dan aset bagi memulihkan tamadun Islam yang unggul dan hebat, kata Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, umat Islam hari ini berada dalam keadaan kacau-bilau dan pada ketika ini tiada usaha yang kukuh dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

“Saya percaya kita akan dapat bekerjasama untuk melihat masalah ini. Hari ini kita tidak boleh mendakwa kita adalah peradaban yang hebat sepeti sebelum ini... kita semua ditindas dan kita sangat mundur,” katanya pada sidang media bersama Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan di Kompleks Presiden di sini hari ini.

Beliau berkata, negara-negara Islam harus melakukan sesuatu untuk menangani kelemahan dan kebergantungan terhadap pihak lain.

Dr Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja rasmi empat hari ke Turki sejak Rabu.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, terdapat keperluan untuk mengetahui sebab-sebab di sebalik keadaan dunia Islam sekarang untuk dapat menetapkan remedi yang betul untuk memulihkan tamadun Islam.

"Oleh itu, dengan bekerjasama, negara-negara seperti Malaysia, Turki dan Pakistan sepatutnya dapat menyatukan minda dan aset kita bersama-sama untuk menangani masalah ini dan membantu menyedarkan semula tamadun Islam."

Terdahulu, Erdogan menganugerahkan pingat “Order of the Republic’ kepada Dr Mahathir sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha cemerlang beliau untuk membangunkan Malaysia dan juga mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Turki.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri menekankan bahawa negara-negara Islam harus berusaha untuk berdikari dan benar-benar mampu melakukan segalanya sendiri.

"Saya yakin kerjasama antara Malaysia dan Turki akan membantu kita bergerak ke arah itu untuk membebaskan umat Islam daripada ditundukkan oleh orang lain yang tidak mesra terhadap kita," katanya.

Beliau juga berharap hubungan rapat antara kedua-dua negara bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara tetapi juga kepada masyarakat Islam pada umumnya

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, terdapat keperluan untuk mengetahui sebab-sebab di sebalik keadaan dunia Islam sekarang untuk dapat menetapkan remedi yang betul untuk memulihkan tamadun Islam.

"Oleh itu, dengan bekerjasama, negara-negara seperti Malaysia, Turki dan Pakistan sepatutnya dapat menyatukan minda dan aset kita bersama-sama untuk menangani masalah ini dan membantu menyedarkan semula tamadun Islam."

Terdahulu, Erdogan menganugerahkan pingat “Order of the Republic’ kepada Dr Mahathir sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha cemerlang beliau untuk membangunkan Malaysia dan juga mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Turki.

Perdana Menteri menekankan bahawa negara-negara Islam harus berusaha untuk berdikari dan benar-benar mampu melakukan segalanya sendiri.

"Saya yakin kerjasama antara Malaysia dan Turki akan membantu kita bergerak ke arah itu untuk membebaskan umat Islam daripada ditundukkan oleh orang lain yang tidak mesra terhadap kita," katanya.

Beliau juga berharap hubungan rapat antara kedua-dua negara bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara tetapi juga kepada masyarakat Islam pada umumnya.

Menyentuh situasi di Palestin, Dr Mahathir berkata, Malaysia dan Turki berkongsi pandangan yang sama dan penting untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kedua-dua negara berkenaan perihatin dengan nasib rakyat Palestin.

Mengenai keganasan, Perdana Menteri berkata, sehingga pengiktirafan sebab-sebab di sebalik keadaan itu dan ditangani, bentuk tindakan pengganas tidak akan berakhir seperti yang disaksikan oleh dunia hari ini.

Dr Mahathir memulakan memulakan program rasmi di Turki Khamis dengan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk, pengasas dan presiden pertama Turki yang moden, di Anitkabir di sini.

Beliau seterusnya melawat Turkish Aerospace Industries (TAI), yang merupakan pusat teknologi Turki dalam aspek rekabentuk, pembangunan, pemodenan, pembuatan, integrasi dan sokongan kitaran hayat sistem aeroangkasa bersepadu yang merangkumi platform udara sayap tetap dan sayap berputar; serta UAV dan satelit.

Kemudiannya dianugerahkan Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam oleh Ankara Yildirim Beyazit University, dalam majlis yang berlangsung di Majlis Pendidikan Tinggi Turki di sini.

Perdana Menteri kemudiannya diberikan sambutan rasmi di Kompleks Presiden, dan diikuti dengan pertemuan empat mata dengan Erdogan serta mesyuarat delegasi Malaysia-Turki, sebelum satu kenyataan bersama dikeluarkan.

Pada sebelah malamnya, Presiden Turki menjadi hos kepada majlis makan malam rasmi sempena kehadiran Perdana Menteri Malaysia.

Selain isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dr Mahathir turut diiringi oleh Menteri Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!