Pulau Pinang perlu RM20b untuk dua projek

Kon Yeow bercakap pada sidang media bersama Anwar selepas mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28 Komtar di sini hari ini.
Kon Yeow bercakap pada sidang media bersama Anwar selepas mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28 Komtar di sini hari ini.
A
A
A

BUTTERWORTH - Kerajaan Pulau Pinang memerlukan peruntukan RM20 bilion untuk dua projek infrastruktur iaitu Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas dan Lebuhraya Pan Island Link (PIL).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yow berkata, permohonan bertulis mengenainya akan diuruskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus.

“Jumlah itu adalah tambahan kepada RM1 bilion yang kita mohon sebelum ini iaitu sebagai bridging loan (permulaan projek tambakan laut). Bagaimanapun, permohonan itu belum diputuskan dan kita masih menunggu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kon Yeow berkata, sekiranya permohonan peruntukan itu diluluskan, kerajaan negeri akan mengecilkan skala dan saiz pada tiga pulau buatan dalam Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR).

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri perjumpaan khas bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan maklumat jelas berhubung projek tambakan tersebut.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau berbesar hati dengan pendirian Kerajaan Pulau Pinang untuk menilai semula dari segi skala dan saiz projek tambak laut tersebut sekiranya berjaya mendapat dana daripada sumber lain.

“Saya akan menyokong usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan dana daripada kerajaan Pusat bagi membiayai sebahagian projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) ini.

“Di peringkat PKR, saya minta Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan barisan Exco PKR melihat dan mendengar keluhan nelayan serta komuniti terlibat untuk dikemukakan bagi pertimbangan kerajaan negeri,” katanya.

Artikel Berkaitan: