Penyebab takabbur menurut Imam al-Ghazali

JANGAN terlalu leka dengan nikmat dunia yang hanya bersifat sementara sahaja hingga terbitnya rasa takabbur dalam diri. -Gambar hiasan.
JANGAN terlalu leka dengan nikmat dunia yang hanya bersifat sementara sahaja hingga terbitnya rasa takabbur dalam diri. -Gambar hiasan.
A
A
A
SEBAGAI manusia, kadangkala kita alpa dan leka seketika dengan nikmat dunia.

Namun, sebagai hamba-Nya, kita perlu sentiasa mengingati ALLAH SWT yang menciptakan seluruh makhluk di muka bumi ini termasuklah kelebihan yang dikurniakan kepada setiap insan.

Apakah nikmat dunia yang melalaikan kita?

Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh penyebab yang boleh menyebabkan kita takabbur iaitu:

1. Ilmu pengetahuan. Mereka yang berilmu tinggi atau berpendidikan tinggi berasa dirinya orang yang paling pandai apabila dibandingkan dengan orang yang tidak berilmu atau berpendidikan.

2. Amal ibadah dapat menyebabkan sifat takabbur apatah lagi, apabila mendapat perhatian daripada orang lain.

3.Keturunan dapat menyebabkan takabbur kerana menganggap dirinya lebih tinggi darjatnya daripada kelompok lain. lain.

4. Kecantikan dan ketampanan wajah menjadikan orang merendahkan orang lain dan bersifat sombong.

5. Harta dan kekayaan. Ia menjadikan seseorang itu meremehkan orang miskin.
Artikel Berkaitan:


6. Kekuatan dan kekuasaan. Dengan kelebihan itu, mereka dapat berbuat sewenang-wenangnya terhadap orang lain tanpa melihat statusnya.

7. Banyak pengikut, teman atau sahabat karib yang berkedudukan tinggi.

Apapun, jangan sesekali sombong atau takabbur dengan Tuhan yang menjadikan kita.

Ingatlah dari mana asal usul kita dan segala kelebihan yang dikurniakan ALLAH kepada kita hanyalah ujian untuk mengukur keimanan hamba-Nya.

(Sumber: www.rumahwakaf.org)

(ARTIKEL BERKAITAN: Sombong 'kepala' segala keburukan)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!