Pegangan pasaran trak pikap Ford meningkat 1.7 peratus
PENGEDAR tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melaporkan kenaikan pegangan pasarannya sebanyak 1.7 peratus bagi segmen trak pikap untuk separuh tahun pertama berbanding tahun lalu.
Pengarah Urusannya, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz menyifatkan, jualan Ranger meningkat dengan stabil.
Menurut beliau, ia berjaya menarik minat ramai pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan yang sesuai untuk kegunaan kerja dan juga santai.
"Kami yakin momentum penjualan Ford Ranger akan berterusan dalam pasaran Malaysia dan kami akan terus komited dalam usaha meningkatkan mutu khidmat pelanggan dan juga kualiti pengalaman pemilikan,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.
Terdahulu, Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford, Truong Kim Phong juga berkata, Ranger dengan konsep Built Ford Tough terus menjadi pilihan pelanggan di seluruh negara. Ia menempa kecemerlangan dalam pasaran.
Baru-baru ini, Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards.
Bersandarkan beberapa kriteria yang disyaratkan untuk pemilihan penerima anugerah tersebut. Antaranya ialah peningkatan, pegangan saham, strategi pemasaran, nilai jualan, kelebihan utama saingan dan Ford Ranger telah membuktikan pencapaiannya.
Dek prestasi keseluruhan yang kukuh, Sime Darby Auto ConneXion, pengedar tunggal Ford di Malaysia berjaya mengatasi para pencabar yang lain.
Untuk info lanjut atau untuk membaca laporan pandu uji Ford Ranger yang ditulis penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, layari https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!