Rakyat resah, Gerakan Tuntut Malaysia gesa perhatian serius Tommy Thomas

NGO Tuntut dan Pemuda UMNO Malaysia melakukan protes meminta Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan pada Jelajah Tuntut Kebenaran di hadapan Masjid Negara.
Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
NGO Tuntut dan Pemuda UMNO Malaysia melakukan protes meminta Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan pada Jelajah Tuntut Kebenaran di hadapan Masjid Negara. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gerakan Tuntut Malaysia menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas mengambil serius terhadap keresahan rakyat yang menyifatkan Institusi perundangan negara kini sudah dilihat seperti tidak berintegriti.

Pengerusinya, A’zlan Abu Bakar berkata, terdapat beberapa kes yang terus menjadi persoalan dalam kalangan rakyat berkaitan keadilan dan kebenaran yang perlu diberi perhatian.

“Kami memohon kepada Tommy supaya mengambil serius terhadap keresahan rakyat terhadap perkara ini lebih-lebih lagi ke atas kes Arwah Adib (Muhammad Adib Mohd Kassim) yang mana sehingga hari ini menjadi persoalan dalam kalangan rakyat terhadap keadilan dan juga kebenarannya.

“Selain itu juga, Tommy harus mengambil serius tuduhan kes rogol terhadap Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong oleh seorang wanita warganegara Indonesia kerana ini akan mengakibatkan hubungan buruk Malaysia dengan negara jiran seandainya tidak diselesaikan segera.

NGO Tuntut dan Pemuda UMNO Malaysia melakukan protes meminta Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan pada Jelajah Tuntut Kebenaran di hadapan Masjid Negara.
Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
NGO Tuntut dan Pemuda UMNO Malaysia melakukan protes meminta Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan pada Jelajah Tuntut Kebenaran di hadapan Masjid Negara. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

“Gerakan Tuntut juga menggesa pihak Peguam Negara memberi perhatian terhadap kes yang melibatkan keseimbangan politik serta keselamatan negara iaitu kes yang melibatkan tuduhan hubungan seks sejenis terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya sempena Jelajah Tuntut Kebenaran di perkarangan Masjid Negara di sini hari ini.

A’zlan berkata, siri jelajah yang digerakkan oleh NGO Pewaris Negara itu berlangsung serentak di Kuala Kedah dan akan terus di laksanakan seluruh tanah air bertujuan mengajak rakyat memahami peranan dan batasan Peguam Negara khususnya.

Ujarnya, pihaknya yakin akan mendapat sokongan rakyat dan akhirnya satu himpunan tuntut kebenaran dijangka dilangsungkan agar keresahan rakyat terhadap keadilan dan kebenaran berkaitan perundangan yang tidak diselesaikan benar-benar diambil serius oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Gerakan Tuntut Kebenaran ini bukanlah satu gerakan bertujuan menghukum mana-mana pihak sebaliknya adalah satu gerakan yang membawa keresahan rakyat yang mana merasakan bahawa institusi perundangan Negara sudah dilihat seperti tidak berintegriti.

NGO Tuntut dan Pemuda UMNO Malaysia melakukan protes meminta Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan pada Jelajah Tuntut Kebenaran di hadapan Masjid Negara.
Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
NGO Tuntut dan Pemuda UMNO Malaysia melakukan protes meminta Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan pada Jelajah Tuntut Kebenaran di hadapan Masjid Negara. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

“Menjadi persoalan adakah perundangan Malaysia telah dicabuli? Ini merujuk kepada beberapa kes yang melibatkan rasuah dan jenayah melalui Peguam Negara bagai tidak diberikan keadilan dan kebenaran.

“Gerakan Tuntut juga mengajak rakyat supaya memahami peranan dan juga batasan Peguam Negara secara khususnya. Kami akan terus konsisten menjadi satu suara untuk mempertahankan hak rakyat dan juga integriti badan berkuasa khususnya,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia Mohd Faiz Hashim berkata, Pemuda UMNO akan bersama dengan Gerakan Tuntut Malaysia menggerakkan misi jelajah berkenaan sehingga isu-isu dibangkitkan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Rentetan itu juga, pihaknya mengulangi desakan agar Tommy meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara berasaskan 10 sebab yang pernah dinyatakan sebelum ini.

NGO Tuntut dan Pemuda UMNO Malaysia melakukan protes meminta Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan pada Jelajah Tuntut Kebenaran di hadapan Masjid Negara.
Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
NGO Tuntut dan Pemuda UMNO Malaysia melakukan protes meminta Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan pada Jelajah Tuntut Kebenaran di hadapan Masjid Negara. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

“Jika benar kerajaan baharu masih berpegang kepada prinsip Rule of Law dan memelihara kedaulatan undang-undang, kerajaan perlu singkirkan Tommy,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!