Rakaman kereta peronda diserang adalah rakaman lama

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakaman video sebuah kereta peronda polis diserang sekumpulan individu kononnya berlaku pada sambutan Krismas di ibu negara awal pagi tadi, adalah rakaman lama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata rakaman insiden yang berlaku pada 2014 itu disebarkan semula dipercayai untuk mengganggu ketenteraman pada sambutan perayaan berkenaan.

“Video itu adalah kes lama yang dikitar semula..yang sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku (pada sambutan Krismas),” katanya kepada media menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Rakaman berdurasi satu minit 42 saat yang tersebar di laman sosial memaparkan beberapa individu melempar botol air dan menyembur 'snow spray’ ke arah kereta peronda polis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!