Khabib atasi Ratu Pop, legenda hoki ais Rusia

Khabib (kiri) dan abangnya merakamkan kenangan ketika mengejarkan umrah di tanah suci Makkah tahun lalu.
Khabib (kiri) dan abangnya merakamkan kenangan ketika mengejarkan umrah di tanah suci Makkah tahun lalu.
A
A
A

MOSCOW - Bintang seni bela diri campuran (MMA) dari Dagestan, Khabib Nurmagomedov menduduki tangga teratas senarai 40 atlet dan penghibur berpengaruh di Rusia oleh majalah Forbes.

Juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC) kategori Lightweight itu mengatasi Ratu Pop, Olga Buzova dan legenda ais hoki, Alexander Ovechkin.

Senarai itu dibuat berdasarkan jumlah pendapatan terkumpul dan kekerapan muncul di media massa sepanjang tahun lalu.

Khabib yang memiliki rekod 27-0 dalam karier MMA dianggarkan mengumpul pendapatan berjumlah AS$11.5 juta (RM47.37 juta), selain disebut sebanyak 75,000 kali di media dan lebih 1.5 juta di media sosial.

Ini menjadikan skor indeks keseluruhannya sebanyak 73.18 mata, berbanding Buzova yang mencatat 72.14 mata.

Sementara itu, Ovechkin yang dianggap atlet hoki ais terhebat sepanjang zaman menduduki tangga ketiga.

Khabib meraih populariti dan status bintang global selepas menumpaskan Conor McGregor di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Oktober tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!