Kerajaan positif mengenai prospek KDNK pada Q2 2019: Guan Eng

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan optimis mengenai prospek pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku kedua tahun ini (Q2 2019), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus tahun ke tahun pada Q1 2019, dan menurutnya inflasi yang rendah dan stabil, pertumbuhan pengeluaran perindustrian, eksport yang lebih baik pada Mei, serta pengembangan jualan runcit dan borong pada Januari hingga Mei merupakan kayu ukur untuk keputusan Q2 2019 yang sihat.

"Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi dan akan pertimbangkan peningkatan bajet bagi memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat dan mencapai matlamat ekonomi kita untuk kemakmuran bersama,” katanya.

Sementara itu, Bank Dunia mengunjurkan KDNK Malaysia akan berkembang 4.6 peratus pada 2019.

Guan Eng berkata Indeks Pengeluaran Industri (IPI) Malaysia melepasi persetujuan pasaran untuk tiga bulan berturut-turut apabila ia meningkat 4.0 peratus tahun ke tahun pada Mei, mengatasi unjuran pasaran 3.5 peratus tahun ke tahun.

Pada Mac 2019, IPI tumbuh sebanyak 3.1 peratus tahun ke tahun dan meningkat kepada 4.0 peratus tahun ke tahun pada April.

Sementara itu, Lim berkata inflasi di Malaysia pada Jun 2019 meningkat kepada 1.5 peratus tahun ke tahun berbanding 0.2 peratus pada bulan sebelumnya. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!