Koleksi al-Quran tagging jadi pilihan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Koleksi al-Quran tagging yang terbaharu terbitan Karya Bestari dari Kumpulan Buku Karangkraf menjadi antara pilihan utama pengunjung dalam Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf yang bermula hari ini.

Penolong Pengurus Besar Kumpulan Buku Karangkraf, Nor Akma Abdul Majid berkata, sambutan yang diterima untuk hari pembukaan jualan gudang pertengahan tahun ini sangat menggalakkan dan kebanyakan pengunjung tertumpu di bahagian al-Quran.

Menurutnya, koleksi al-Quran terbitan Karya Bestari menjadi pilihan pengunjung setiap kali tibanya jualan gudang dan kali ini untuk hari pertama ramai pengunjung menantikan koleksi al-Quran tagging yang mengandungi tiga jenis al-Quran iaitu al-Quran al-Kareem Muslimah, al-Quran Multazam Wakaf Ibtida dan al-Quran Mu’jam (al-Quran perkata bersaiz A5) dan dijual dengan harga RM95 dan RM85 senaskhah.

“Koleksi al-Quran tagging ini hanya boleh didapati di jualan gudang sahaja dan ia adalah terhad dan harganya sangat berpatutan.

“Koleksi al-Quran tagging ini sangat memudahkan dan untuk al-Quran al-Kareem Muslimah telah siap ditanda bahagian mana yang menceritakan perihal wanita menurut al-Quran.

“Saranan saya kepada peminat koleksi al-Quran tagging ini cepat-cepatlah datang ke jualan gudang ini sebelum kehabisan stok,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Nor Akma (kiri). Gambar kanan: Koleksi al-Quran yang terdapat di Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf.
Nor Akma (kiri). Gambar kanan: Koleksi al-Quran yang terdapat di Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf.

Dalam masa sama, Nor Akma berkata, selain koleksi al-Quran dan koleksi al-Quran tagging, Jualan Gudang Pertengahan Tahun ini juga menampilkan pakej istimewa iaitu Hari-Hari Speciallahh- Nak Buku Dengan Harga Luar Biasa yang hanya terhad kepada buku-buku terpilih sahaja dan turut terhad kepada pengunjung terawal.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pakej istimewa Hari-Hari Speciallahh menampilkan buku-buku terbaharu dan laris dan dijual dengan harga RM1, RM3 dan RM5.

“Setiap hari judul buku berbeza sepanjang jualan gudang berlangsung.

“Sebagai contoh ada buku yang terbaharu, terlaris dan harga biasa adalah RM25 tetapi untuk jualan gudang ini ia dijual dengan harga RM5,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Bestari Karangkraf, Muhamad Hazani Sukri berkata, sambutan dalam kalangan pengunjung untuk hari pertama jualan gudang ini bagi koleksi buku sekolah agak memuaskan memandangkan hari ini adalah hari bekerja.

Katanya, situasi itu berbeza apabila tibanya hari minggu kerana ramai ibu bapa akan membawa anak-anak untuk mendapatkan koleksi buku yang dicari.

"Walaupun hari biasa ia agak perlahan tetapi hari minggu semestinya tidak menang tangan lebih-lebih lagi terdapat beberapa koleksi buku seperti Klon UPSR, Jom Praktik UPSR dan Kertas Model Sebenar UPSR dijangka menjadi pilihan murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan hujung tahun ini.

"Buku subjek Sains yang diinovasikan dengan peta minda berjudul Revisi Grafik Genius Sains dan Peta Minda Genius Sains dijangka menjadi pilihan murid, guru dan ibu bapa untuk jualan gudang kali ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!