India haramkan cerai talak tiga

No Image Caption
A
A
A

NEW DELHI - Dewan rakyat India meluluskan rang undang-undang (RUU) mengharamkan amalan cerai talak tiga dalam kalangan umat Islam dan menghukum pesalah dengan tiga tahun penjara, walaupun pembangkang menuntut isu itu diteliti Jawatankuasa Tetap.

RUU Wanita Islam (Perlindungan Hak dalam Perkahwinan) 2019 yang melarang perceraian dengan melafazkan talak tiga sekali gus diluluskan dengan 303 undian menyokong dan 82 menentang.

Menteri Undang-Undang, Ravi Shankar Prasad berkata, perundangan itu tiada kaitan dengan politik atau agama tetapi ia soal harga diri wanita.

Katanya, RUU yang menyokong hukuman penjara tiga tahun ke atas suami yang menjatuhkan tiga talak sekali gus diperlukan untuk memberikan keadilan dan kesaksamaan jantina. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!