7 bangkai harimau dalam kereta

Tujuh bangkai harimau yang dirampas oleh polis di Hanoi.
Tujuh bangkai harimau yang dirampas oleh polis di Hanoi.
A
A
A

HANOI - Pihak berkuasa Vietnam menemui tujuh bangkai anak harimau beku dalam sebuah kereta di Hanoi, lapor media tempatan.

Laporan juga menyebut seorang suspek utama penyeludupan haiwan liar juga berjaya ditahan.

Menurut akhbar Cong An Nhan Dan, Nguyen Huu Hue yang dipercayai sudah bertahun-tahun menyeludup haiwan dari Laos, ditangkap bersama dua lagi individu semalam selepas tujuh bangkai harimau ditemui di dalam kereta mereka.

“Hue tubuhkan syarikat yang menjual bahan binaan untuk mengaburi perdagangan harimau dan haiwan liar,” lapor akhbar rasmi Kementerian Keselamatan Awam Vietnam itu.

Tidak pasti sama ada bangkai tersebut berasal dari hutan atau ladang harimau haram di Laos yang banyak membekalkan daging haiwan itu ke pasaran Asia.

Polis sebelum ini berjaya menangkap beberapa suspek sindiket yang beroperasi sejak beberapa tahun. – AFP

Artikel Berkaitan: